Posts

Showing posts from 2019

MENEGUR MENURUT ROH VS MENEGUR MENURUT DAGING (MENGHAKIMI)

Image
Kredit Pixabay Dalam menyampaikan firman Tuhan kepada jemaat atau sesama orang percaya, hamba Tuhan atau penyampai firman Tuhan harus memiliki keberanian yang didorong oleh kasih. Mereka harus diberitahukan kebenaran, apa lagi jika mereka sedang melakukan kesalahan. Kita harus berani menyatakan kesalahan, menegur menurut Roh, dengan tidak menghakimi (untuk menjatuhkan) jemaat. Kita menegur menurut Roh apabila teguran atau nasihat yang disampaikan bukanlah menurut gerak hati manusiawi semata-mata tetapi berdasarkan kebenaran Allah. Menghakimi pula ialah lebih kepada mengkritik, mencari-cari kesalahan, dan menghukum orang yang salah. Penyampai firman Tuhan tidak berhak menghakimi pendengar. Tugas para hamba Tuhan ialah untuk menerima dan mengasihi orang, biar Tuhan sajalah yang menghakimi. S iapakah kita sehingga mahu menghakimi sesama manusia? Hanya Allah yang berhak untuk menghakimi, sebab hanya Dia yang adil dan tahu semuanya ( Yakobus 4:12 ). Hamba Tuhan hanya memiliki hak u...

SEDANGKAN MALAIKAT KUDUS PUN BOLEH JATUH KE DALAM DOSA, APA LAGI KITA MANUSIA?

Image
Kerdit Pixabay Malaikat Allah yang dibuang dari syurga pernah melihat, mengecapi dan menikmati kemuliaan Allah. Mereka pernah mengalami dan menikmati kedamaian yang kekal. Mereka pernah mengalami dan menikmati sukacita kekal dalam memuji Tuhan, tetapi akhirnya dibuang dari Kerajaan Allah dan kehilangan kemuliaan-Nya!!? Yesaya 14:12-15 (TBI)   "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. Para malaikat yang kudus itu juga ada kemampuan untuk memberontak dan jatuh! Mereka pernah ...

IMAN YANG MEMINDAHKAN GUNUNG

Image
Kredit Pixabay Matius 17:20 (AVB) Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu. Sebutir biji sawi bersaiz amat kecil jika dibandingkan dengan biji benih tumbuhan yang lain. Yesus berkata bahawa jika kita mempunyai iman seperti biji sawi sahaja, kita dapat memindahkan gunung. Gunung atau bukit adalah lambang dari setiap keadaan atau perkara yang sukar. Ini bermakna tidak ada keadaan ataupun perkara sukar yang tidak dapat diubah kalau kita memiliki iman, sebab hanya melalui iman saja Tuhan akan bekerja dan melakukan sesuatu di dalam hidup kita. Kita harus bertanya kepada diri sendiri apakah iman yang kita miliki sejati atau dibuat-buat. Setiap orang Kristian mengaku orang percaya dan beriman. Tetapi apakah iman itu? Apakah ertinya untuk menjadi orang...

TUHAN MEMPEDULIKAN KITA

Image
Kredit Pixabay Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Allah yang kita kenal dan sembah melalui Yesus Kristus sememangnya begitu ambil peduli akan seluruh keadaan kita. Dia ambil peduli terhadap kita bermaksud Dia sedar dan peka akan seluruh hal yang ada dalam diri kita, sama ada dari segi jasmaniah mahupun rohaniah kita. Dia mempedulikan kita kerana Dia mengasihi kita lebih dari yang kita sendiri tahu dan bayangkan. Ketika kita mengetahui bahawa ada orang (ahli keluarga, sahabat, pasangan suami atau isteri) yang ambil berat serta peduli kepada kita, kita pastinya berasa amat gembira dan senang hati. Kita pasti merasa hidup ini sangat bermakna, dan seterusnya menjadi lebih bersemangat untuk menjalani hidup yang penuh dugaan serta cabaran ini. Sebagai anak-anak Allah yang hidup, kita sepatutnya merasa lebih lagi bersemangat dan kuat kerana kita tahu bahawa Allah yang hidup dan berkuasa juga mengambil peduli terhadap diri kita. Tidak bergembira dan bersemangatkah anda tatkala meny...

MUSUH KITA BUKANLAH SESAMA MANUSIA, TETAPI ROH-ROH JAHAT SERTA KUASANYA!

Image
Kredit Pixabay Ada banyak orang Kristian yang masih tidak faham akan istilah "kehilangan nyawanya untuk menyelamatkannya". Banyak orang Kristian yang berfikiran Allah memerlukan pertolongan mereka. Banyak orang Kristian yang disesatkan oleh kegeraman, kepahitan, dan kemarahan mereka. Tuhan tidak memerlukan pertolongan kita. Yang Dia perlukan ialah kepatuhan dan ketaatan kita! Jalan-jalan Tuhan adalah lebih tinggi. Orang Kristian harus faham bahawa perjuangan kita bukan secara jasmaniah, tetapi rohaniah. Perjuangan itu bukan di antara seorang dengan yang lain (sesama manusia). Perjuangan itu adalah terhadap kuasa-kuasa jahat dan roh-roh jahat. Efesus 6:12 (ABB) Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini. Kita harus memiliki kasih dan hati Bapa. Ia diperlukan untuk memasuki Kerajaan Allah. Yesus faham akan hal ini kerana Dia datang ...

HIDUP DAN MATI

Image
Kredit Pixabay Ketika kita membaca firman Tuhan, kita sepatutnya tidak hanya menerima firman yang memberkati kita ,  tetapi juga firman yang mendisiplinkan (memberikan amaran). Kita harus menerima kedua-duanya ke dalam hati kita. Ketika kita membaca pendisiplinan (amaran) firman Tuhan, kita mesti membacanya dengan sebuah hati yang penuh gentar dan takut. Tetapi apabila kita membaca firman Allah tentang berkat, kita mesti benar-benar menerimanya dengan hati yang penuh gembira dan sukacita. Dalam Bilangan 16, anda akan membaca tentang bagaimana orang Israel menerima penghukuman dari Allah disebabkan ketidakpatuhan dan sikap  memberontak mereka. Orang Israel tinggal di padang gurun di mana tidak ada apa-apa di sana. Ia merupakan sebuah tempat yang amat terpencil. Tiang awan dan tiang api memimpin jalan mereka. Korah, Datan, Abiram dan On telah bertukar menjadi orang kurang ajar. Mereka telah berkumpul bersama untuk membentuk sebuah per...