Posts

Showing posts from September, 2016

DI TANAH JENIS MANAKAH ANDA BERADA KETIKA BENIH ITU JATUH?

Image
Kredit Pixabay Markus 4:4-9  (AVB)  Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan, lalu dimakan burung. Ada pula yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya. Benih itu segera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar. Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar dan membantutkannya sehingga tidak berbuah. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu bertunas, membesar dan berbuah, hasilnya tiga puluh, enam puluh atau seratus kali ganda. Lalu kata-Nya, “Siapa yang bertelinga, dengarlah!”   Di tanah jenis manakah anda berada di mana benih itu jatuh? Benih Itu adalah Firman Tuhan. Sebiji benih haruslah ditanam. Ia harus diberikan Cahaya dan Air supaya bertahan dan membesar. Ia harus bertahan menempuh badai. Sementara pokok (kita) bertumbuh, ia mungkin akan menghadapi kemarau. Ia mungkin juga melalui hujan yang tersangat lebat. Ia harus mengatasi semua ...

MENCARI ARAH

Image
Kredit pixabay Banyak orang Kristian berdoa dan berharap mendengar suara Tuhan dalam roh mereka, juga berharap mendengar suara Tuhan yang kedengaran oleh telinga, atau pun dari orang Kristian lain yang rohani. Tetapi “volume” suara Tuhan berbeza sedikit. Pekalah kepada Roh-Nya dengan menjadi peka kepada keadaan fizikalmu. Dia akan menjawab atau akan bercakap menggunakan keadaan kita.  Jika kita mendapat tentangan dari satu arah, ia mungkin bukan musuh tetapi Tuhan yang mencuba untuk membawa kita ke arah yang lain. Tetapi mungkin juga kita tidak rasa atau perasan. Oleh itu, kita harus meminta kearifan dan kebijaksanaan daripada Roh Kudus. Dia menjawab doa kita melalui keadaan fizikal kita. Kadang kala, kita harus mengalir bersama dengan keadaan, maksudnya mengikut alunan keadaan, tetapi pada masa yang sama kita harus mengetahui bahawa Tuhan sedang mengawal segalanya dan berkuasa penuh ke atas keadaan itu. Kita harus peka kepada keadaan sekeliling dan fizikal. Dia berada da...