Posts

Showing posts from 2020

TUHAN, SUNATLAH HATI KAMI

Image
Kredit Pixabay Apabila kita tidak mahu disakiti, kita biasanya lari daripada sumber kesakitan. Kita berbuat apa saja untuk menyekat atau menyembunyikan kesakitan itu. Kalau ada orang yang telah menyakiti kita, kita cenderung untuk tidak mahu bersua muka dengannya. Kita mungkin sudah berkata telah memaafkannya, tetapi tindakan kita untuk tidak mahu bertemu apa lagi bercakap-cakap dengannya membuktikan bahawa kita masih belum sepenuhnya memaafkan mereka, dan banyak lagi situasi serupa yang selalu kita lalui di dalam hidup ini. Ada juga keadaan di mana kita biasanya meletakkan selubung yang tebal ke atas hati kita supaya dapat melindungi diri kita daripada disakiti, sehingga keadaan itu lama-kelamaan menjadikan kita manusia yang keras hati lalu merosakkan hati nurani kita. Yang menyedihkan, kita berfikir bahawa apa yang kita lakukan itu adalah baik. Tetapi ketika kita berdoa dan sunguh-sungguh bertanya kepada Bapa, Tuhan akan berurusan dengan kita dengan hati kita, dan pada ketika i...

SUKACITA DATANG KETIKA KITA MERENDAHKAN HATI

Image
Thanks Lord Galatia 5:22-23 (ABB)   Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia,   r endah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu. Kita tidak mempunyai sukacita yang sejati kerana sukacita datang ketika kita mencapai dan mengalami penerobosan. Dan sukacita yang sejati bukanlah sukacita yang didatangkan oleh perkara-perkara yang kita miliki di dunia ini: kedudukan, pangkat, kuasa, dan kekayaan, tetapi sukacita yang sejati adalah dikerjakan oleh Roh Kudus di dalam hati kita. Maksudnya, apa pun keadaan kita, sihat atau tidak, kaya atau tidak, berkuasa atau tidak, keadaan senang atau susah, kita tetap ada sukacita kerana Roh Kudus ada di dalam hati kita.  Yohanes 14:27 (ABB)  Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berika...

IKUTLAH TUHAN SEPENUHNYA

Image
Kredit Pixabay Bolehkah seseorang mengikut Tuhan separuh-separuh sahaja? Apakah kesannya kalau ikut Tuhan setengah-setengah sahaja? Pernahkah anda menanyakan diri sendiri adakah anda mengikut Yesus sepenuhnya? Tidak sepenuhnya percaya di dalam Tuhan melalui tindakan kita dan juga takut akan manusia mungkin menjadi sebab yang menghalang kita daripada benar-benar mengikut Tuhan. Jika seseorang tidak mengikut Tuhan sepenuhnya, adakah itu bermaksud dia tidak patuh dan memberontak? Bilangan 14:24 (TBI)  Tetapi hamba-Ku Kaleb, karena lain jiwa yang ada padanya dan ia mengikut Aku dengan sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.   Kaleb adalah seorang daripada dua belas pengintip itu. Daripada dua belas orang itu, dialah yang dikatakan sebagai seorang yang memiliki jiwa yang berbeza. Apakah ertinya ini? Hanya Yosua dan Kaleb yang ada iman kepada Tuhan. Kaleb ada Roh Kasih Allah kerana kasih yang sempurna...