DI TANAH JENIS MANAKAH ANDA BERADA KETIKA BENIH ITU JATUH?
Kredit Pixabay Markus 4:4-9 (AVB) Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan, lalu dimakan burung. Ada pula yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya. Benih itu segera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar. Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar dan membantutkannya sehingga tidak berbuah. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu bertunas, membesar dan berbuah, hasilnya tiga puluh, enam puluh atau seratus kali ganda. Lalu kata-Nya, “Siapa yang bertelinga, dengarlah!” Di tanah jenis manakah anda berada di mana benih itu jatuh? Benih Itu adalah Firman Tuhan. Sebiji benih haruslah ditanam. Ia harus diberikan Cahaya dan Air supaya bertahan dan membesar. Ia harus bertahan menempuh badai. Sementara pokok (kita) bertumbuh, ia mungkin akan menghadapi kemarau. Ia mungkin juga melalui hujan yang tersangat lebat. Ia harus mengatasi semua ...