KUASA DIBERIKAN KEPADA ANDA PADA SAAT ANDA PATUH KEPADA KUASA-NYA

Kredit Pixabay
Lukas 10:19 (TBI) Sesungguhnya Aku telah memberikan kuasa kepada kamu untuk menginjak ular dan kalajengking  dan kuasa untuk menahan kekuatan musuh, sehingga tidak ada yang akan membahayakan kamu.

Ramai orang Kristian yang tidak sedar bahawa ayat ini bergantung kepada penyerahan total mereka kepada ketuhanan Yesus dan kuasa-Nya. Jika anda tidak berserah kepada-Nya, anda melepaskan kuasa itu dan dengan itu anda memberikan hak kepada musuh (si iblis) untuk mengheret anda di dalam kotoran sepanjang hari.

Jika anda diberi jawatan sebagai pengurus kepada orang-orang di bawah anda, maka selagi anda mengikuti arahan pihak atasan anda dan mematuhi undang-undang syarikat, maka hak atau wibawa anda, pengaruh serta kuasa anda akan terus berjalan.

Jika anda seorang komander tentera, wibawa, pengaruh, dan kuasa anda datang dari orang lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada anda. Jika anda tidak mematuhi dia atau bahagian jabatan itu, anda mungkin akan kehilangan kuasa bagi menguasai orang lain yang berada di bawah anda.

Kuasa hanya akan terus diberikan selagi anda mengikuti arahan atasan anda dan undang-undang dari pihak berkuasa itu.

Jika seseorang menyalahgunakan kuasa, melanggar peraturan dan undang-undang, dan tidak taat kepada perintah, adakah benar bahawa hak dan kuasa itu akan sentiasa diberikan kepadanya?

Jika kita ingin mengusir iblis bagi penyembuhan orang sakit, maka kita perlu kuasa Tuhan kerana kuasa itu datang daripada-Nya. Jika kita memiliki kuasa Tuhan, maka kuasa-Nya yang lebih tinggi daripada syaitan itu akan menghalaunya pergi kerana mereka harus patuh dan takluk kepada kuasa Tuhan. Walaubagaimanapun, jika kita tidak memiliki kuasa yang berasal dari Tuhan, maka iblis tidak akan mendengarkan kita, dan pastinya dia tidak akan pergi.

Adam dan Hawa pada asalnya mempunyai kuasa dan hak ke atas bumi, tetapi mereka telah melepaskan hak itu kepada syaitan ketika mereka ingkar dan berdosa. Jika kita terus berdosa, kita sebenarnya terus memberi hak kepada syaitan ke atas diri dan hidup kita, dan sudah pastinya iblis akan membawa malapetaka, seksa, kemusnahan, dan huru-hara kepada kita.

Berserahlah sepenuhnya dan patuhlah sepenuhnya kepada Yesus di dalam mengikut perintah dan firman-Nya maka Allah akan memberikan kita kuasa ke atas syaitan. Marilah kita hidup kudus dan jangan biarkan iblis menuntut apa-apa dari kita!

Yohanes 14:30 (TBI) Tidak banyak lagi Aku berkata-kata dengan kamu, sebab penguasa dunia ini datang dan ia tidak berkuasa sedikitpun atas diri-Ku.

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP DAN MATI

TUHAN, SUNATLAH HATI KAMI

DIA AKAN MEMANGKAS, MENCANTAS, DAN MEMBERSIHKAN RANTING-NYA BERULANG KALI