IKUTLAH TUHAN SEPENUHNYA
![]() |
| Kredit Pixabay |
Bilangan 14:24 (TBI) Tetapi hamba-Ku Kaleb, karena lain jiwa yang ada padanya dan ia mengikut Aku dengan sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.
Kaleb adalah seorang daripada dua belas pengintip itu. Daripada dua belas orang itu, dialah yang dikatakan sebagai seorang yang memiliki jiwa yang berbeza. Apakah ertinya ini? Hanya Yosua dan Kaleb yang ada iman kepada Tuhan. Kaleb ada Roh Kasih Allah kerana kasih yang sempurna menghilangkan semua ketakutan. Kesepuluh pengintip yang lain takut dan berundur. Kesepuluh pengintip itu, meskipun sudah dibebaskan dari Mesir (yang melambangkan sudah diselamatkan), melihat Laut Merah terbelah, melihat manna dihantar dari syurga, dan banyak mukjizat lainnya tetapi masih lagi meragui Tuhan. Mereka membiarkan roh yang lain mempengaruhi mereka. Penyakit rohani (ketakutan dan suka bersungut) ini terus-menerus berjangkit di kalangan umat Allah.
Ulangan14:27 (TBI) Berapa lama lagi umat yang jahat ini akan bersungut-sungut kepada-Ku? Segala sesuatu yang disungut-sungutkan orang Israel kepada-Ku telah Kudengar.
Kesepuluh pengintip itu (kita boleh melihat bahawa mereka ini adalah pemimpin) mempengaruhi ribuan orang untuk berjalan di dalam ketakutan dan tidak mempercayai Allah. Dan sebagai hasilnya, ribuan yang berumur 20 tahun dan ke atas terpaksa menjalani padang gurun dan mati. Bukankah mereka ini umat Allah?
Ulangan 32:11 (TBI) Bahwasanya orang-orang yang telah berjalan dari Mesir, yang berumur dua puluh tahun ke atas, tidak akan melihat negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada Abraham, Ishak dan Yakub, oleh karena mereka tidak mengikut Aku dengan sepenuh hatinya
Jika anda (kita semua) memberontak terhadap Allah dan tidak bertaubat, kita semua akan menerima penghukuman di dalam hidup. Seseorang boleh saja berkata yang dia ada Tuhan tetapi masih berkompromi dengan memilih jalan yang lain. Seseorang boleh saja disesatkan atau mungkin sudah lama tersalah jalan. Mungkin penyakit yang sedang melanda dunia seperti COVID-19 adalah panggilan untuk pertaubatan dan supaya kita kembali kepada-Nya dan selalu dekat dengan-Nya seperti sepatutnya.
![]() |
| Kredit Pixabay |
Saya yakin apabila kita berserah sepenuhnya kepada Tuhan maka kita akan senantiasa terhindar daripada wabak ini kerana kita menjadikan Dia sebagai tempat perlindungan dan keselamatan kita.
Pada dasarnya, jika kita tidak mengikuti Tuhan sepenuhnya, Dia menganggapnya jahat di mata-Nya.
1 Raja-raja 11:6 (TBI) dan Salomo melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, dan ia tidak dengan sepenuh hati mengikuti TUHAN, seperti Daud, ayahnya.
Laluan keselamatan kita pada jalan yang sempit harus diselesaikan. Bahkan ketika kita sudah hampir dengan garisan penamat, kemungkinan untuk kita memberontak kepada Allah masih ada dan boleh saja dihakimi oleh Allah. Kita mesti bertahan hingga ke akhirnya. Jika kita berjalan dari kemuliaan kepada kemuliaan, kita akan dapat menyedari bahawa jalan yang dilalui menjadi semakin sempit.
![]() |
| Kredit Pixabay |
Dunia sekular mempunyai perlumbaannya yang tersendiri seperti F1 dan lain-lain. Pelumba yang sudah meninggalkan pelumba lain sebanyak beberapa pusingan dan hampir menamatkan perlumbaan ada saja kemungkinan untuk terbabas. Apabila ia terbabas dan tidak dapat meneruskan perlumbaan lagi, ia akan dianggap kalah dan kedudukannya yang sebelum ini di hadapan tidak akan diambil kira lagi. Perjalanan kita di atas jalan yang sempit juga seperti itu. Kita mesti mengakhiri perlumbaan kita dan menyedari bahawa kita masih boleh terbabas pada akhir-akhir perlumbaan iman. Kita mesti cekal dan bertahan dalam semua perkara.
Matius 10:22 (TBI) Dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku; tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat.
Matius 16:24 (TBI) Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.
Marilah kita meminta Tuhan untuk menyelidiki hati kita dan biarkan cahaya-Nya memperlihatkan bahagian hati kita yang belum lagi sepenuhnya diserahkan kepada-Nya. Marilah kita bertaubat dan berbalik kepada Kasih kita yang mula-mula kerana Dia akan kembali tidak lama lagi bagi Pengantin Perempuan (gereja-Nya) yang kudus!



Comments
Post a Comment