HARUS MENGAMPUNI UNTUK MENERIMA PERTOLONGAN TUHAN

Markus11:23-24 (TBI) Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya. Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.

Terdapat janji di dalam ayat ini bagaimana doa kita dijawab. Apa sahaja yang kita minta mengikut kehendak Allah, jika kita percaya ia akan diberikan kepada kita. Selain itu, dengan iman dan kepercayaan kita, kita akan dapat mengangkat dan membuang "mana-mana gunung" ke dalam laut.

 "Mana-mana gunung" ini bukanlah gunung secara harfiah. Walaupun, mungkin satu hari nanti, kita mungkin boleh membuang gunung nyata, pertama-tama sekali kita mesti berupaya untuk membuang gunung di dalam kerohanian kita,  yang sedang kita hadapi.

Apakah yang dilambangkan oleh sebuah gunung? Sebuah gunung mewakili sesuatu yang berada di hadapan kita yang keadaannya sangat memeritkan di mana kita perlu melaluinya. Jika di alam nyata ini kita benar-benar sedang mendaki sebuah gunung untuk pergi ke sebelah, ianya pasti sangat meletihkan dan menjadi bebanan, dan bagi kebanyakan orang ianya suatu tugasan yang mustahil. Bagi kebanyakan orang Kristian, mereka terperangkap atau tersangkut, dan tidak boleh bergerak maju ke hadapan disebabkan gunung di tengah jalan itu.

Apakah yang dilambangkan oleh gunung di dalam kerohanian kita? Mengapa kita tidak dapat mengusirnya dari hadapan kita? Mengapa gunung itu mengganggu kehidupan kita, menyekat doa, dan menghalang berkat untuk datang kepada kita? Kita perlu melihat konteks ayat firman Tuhan ini. Alkitab mengatakan jika kita percaya dan tidak ada keraguan di dalam hati kita, maka menurut kehendak Allah, ia akan berlaku. Tetapi mengapa ianya tidak berlaku bagi kebanyakan orang?

Kita tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada manfaat semata-mata tetapi kita mesti melihat konteks firman ini untuk menerima manfaat ini. Mari kita lihat konteks ayat-ayat 23 hingga 24 dan seterusnya dalam Markus 11:25-26.

Markus11:25-26 (TBI) 
Dan jika kamu berdiri untuk berdoa, ampunilah dahulu sekiranya ada barang sesuatu dalam hatimu terhadap seseorang, supaya juga Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahan-kesalahanmu." (Tetapi jika kamu tidak mengampuni, maka Bapamu yang di sorga juga tidak akan mengampuni kesalahan-kesalahanmu.)


Kredit pixabay
Gunung di dalam kehidupan rohani kita tidak akan dibuang jauh dari hadapan kita walaupun kita berdoa kerana kita belum mengampuni orang lain. Begitulah yang dialami oleh ramai orang Kristian. Kita berdoa untuk pemulihan keluarga, kita berdoa untuk kesihatan, kita berdoa untuk kemakmuran diri, kami berdoa untuk kewangan, dan banyak lagi. Gunung di dalam kehidupan rohani menyekat isu-isu tersebut daripada diselesaikan. Kita sendirilah yang menjadi halangan kepada diri sendiri kerana masih belum memaafkan orang lain. Malangnya, kita berfikir bahawa kita sudah memaafkan tetapi kita sebenarnya belum melakukannya. Janganlah menganggap bahawa anda sudah memaafkan jika tidak mahu bersua muka ataupun tidak mahu bertegur sapa. Banyak lagi keadaan di mana anda sebenarnya belum lagi memaafkan orang lain.

Bagaimana jika kita mahu pasangan kita dipulihkan? Bagaimana jika anda berdoa untuk pasangan anda supaya dipulihkan namun pada masa yang sama, anda sering marah-marah akan perbuatannya kepada anda? Bagaimana jika anda mahu kewangan dipulihkan namun terus mencuri daripada Tuhan? (tidak mahu memberi persepuluhan)

Alkitab mengatakan jika kita tidak mengampuni, kita tidak akan dimaafkan. Jika kita tidak diampuni, maka kita mungkin mengalami penghakiman dan bukannya berkat. Kita perlu memohon kepada Allah, “Apakah aku benar-benar sudah mengampuni orang ini?” Kemaafan bukan hanya untuk hal di masa lalu anda sahaja, tetapi juga perkara yang baru berlaku kelmarin dan sebentar tadi. Adakah anda mampu memaafkan setiap masa atau mungkinkah kemarahan anda yang semakin meningkat setiap hari? Adakah "gunung" anda yang semakin membesar setiap hari atau anda yang bergerak maju ke hadapan setiap hari di dalam kehidupan rohani anda?

"Maafkanlah dia, biarkanlah perkara itu, biarkan ia berlalu, supaya Bapamu yang di syurga pun akan mengampuni kesalahanmu dan dosamu terhadap-Nya."


Comments

Popular posts from this blog

HIDUP DAN MATI

TUHAN, SUNATLAH HATI KAMI

DIA AKAN MEMANGKAS, MENCANTAS, DAN MEMBERSIHKAN RANTING-NYA BERULANG KALI