DIA AKAN MEMANGKAS, MENCANTAS, DAN MEMBERSIHKAN RANTING-NYA BERULANG KALI

Kredit pixabay
Yohanes15:2 (TBI) Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah, dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah.

Ianya seolah-olah orang yang benar-benar mengikuti Yesus Kristus dan mengasihi Dia akan mengalami lebih banyak cubaan dan kesusahan, dan kepada orang duniawi, kita mungkin kelihatan seperti "orang yang kalah". Di mata mereka, kita mungkin kelihatan penakut dan lemah. Sebelum sampai satu tahap penembusan yang diinginkan, Allah akan berulang kali membersihkan dan memangkas kita. Lagi pula, kita tidak boleh lupa bahawa kita adalah ranting-ranting-Nya. Lebih banyak buah yang anda hasilkan, lebih banyak pembersihan dan pemangkasan yang akan anda lalui. Kita akan dipangkas sehingga buah-buah yang lebih bagus dan lebih bermutu akan dihasilkan dan bersedia untuk dijual (melakukan kerja bagi kerajaan-Nya).

Walaupun selepas menghasilkan buah seperti yang diinginkan Tuhan, Dia akan terus memangkas kita tetapi ianya tidak akan menyakitkan seperti sebelum ini kerana sudah banyak kedagingan telah disalibkan. Ia adalah sama seperti pokok buah-buahan sebenar yang dipangkas dan dicantas. Perkataan "dicantas" ini adalah istilah sebenar yang digunakan dalam industri penanaman pokok buah. Tanpa pemangkasan dan pencantasan yang betul, pokok buah-buahan tidak akan membesar dengan baik (dalam bentuknya). Apabila pokok buah-buahan dipangkas dan dicantas dengan baik, ia akan cenderung menghasilkan buah yang berkualiti tinggi pada tahun-tahun awal dan jangka hayat pokok itu akan jauh lebih lama. 

Satu lagi bentuk pemangkasan dan pencantasan oleh Tuhan adalah untuk membuang ranting yang telah mati, berpenyakit, atau rosak. Sama seperti pokok sebenar dipangkas, Allah pun memangkas ranting yang telah mati, berpenyakit, dan rosak dari kehidupan kita. Apa-apa yang sepatutnya tidak berada dalam kehidupan kita yang menghalang Tuhan mengerjakan penghasilan buah yang baik akan sentiasa dipangkas dan dicantas. Semakin kita menentang, ia akan semakin menyakitkan. Tanpa pemangkasan dan pencantasan yang diperlukan, kita tidak akan dapat menghasilkan buah yang baik dan jika kita tidak menghasilkan buah yang baik, kita tidak berguna dan kita akan dipotong dan dibuang ke dalam api. Walaupun anda sudah dilahirkan kembali dan mempunyai pengalaman dengan Tuhan setelah mengetahui bahawa anda telah diselamatkan oleh anugerah dan sedang dalam perjalanan ke syurga, jika anda tidak berbuah, Alkitab adalah sangat jelas mengenai akibatnya. Firman Tuhan di atas mengatakan, "Mana-mana ranting-Ku yang tidak berbuah akan dipotong oleh-Nya." Orang-orang yang tidak percaya kepada-Nya tidak berada di dalam-Nya. Jadi sangat jelas di sini bahawa seorang Kristian yang sudah lahir baru yang berhenti menghasilkan buah akan akhirnya dibakar di dalam api neraka itu.

Yohanes 15: 6 (TBI) Barangsiapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang ke luar seperti ranting dan menjadi kering, kemudian dikumpulkan orang dan dicampakkan ke dalam api lalu dibakar.

Buah yang kita harus hasilkan adalah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, dan penguasaan diri. Allah terus mengingatkan kita untuk menghasilkan semua buah itu dan tanpa buah ini kita tidak akan dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah (syurga). Kita tidak boleh masuk syurga dengan sikap sikit-sikit marah kita, sikap benci, kemarahan yang tidak terkawal, dan lain-lain.

Galatia 5: 22-23 (TBI) Tetapi buah  Roh ialah: kasih,  sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri.  Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu.

Kita mesti memperlihatkan buah Roh Kudus dalam kehidupan kita. Jika ada buah-buah yang bertentangan dengan buah Roh Kudus, maka kita perlu memohon kepada Allah untuk membantu kita membuag buah yang buruk dan memangkasnya bagi kita. Kita adalah ranting yang perlu dipangkas. Apakah faedah memiliki buah yang baik?

Yohanes 15: 8,9,11 (TBI) Dalam hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan,  yaitu jika kamu berbuah banyak dan dengan demikian kamu adalah murid-murid-Ku. Seperti Bapa telah mengasihi Aku,  demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. 

Yohanes 15:11 (TBI) Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh.

Jika kita menghasilkan buah yang banyak, Bapa akan dihormati dan dimuliakan! Ia juga menjadi bukti "kelulusan" kita sebenar dalam menjadi pengikut Allah! Dan ada yang lebih lagi, banyak buah membuktikan bahawa kita tinggal di dalam kasih-Nya, dan kegembiraan serta sukacita kita seharusnya adalah dalam UKURAN YANG PENUH, SEMPURNA dan MELIMPAH! Perkara yang paling baik lagi adalah bahawa kita akan pergi ke syurga selepas kehidupan kita selesai di bumi ini. Ada lebih banyak berita baik untuk diberitahukan kepada anda, iaitu jika anda terus menghasilkan buah yang baik, apa sahaja yang kita pohonkan kepada Allah dalam nama-Nya, Allah akan memberikannya kepada kita. Adakah anda tidak mahu memberi ganjaran dan lebih kegembiraan jika anak-anak anda sepenuhnya patuh kepada anda?

Yohanes 15:16 (TBI) Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu,  supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku,  diberikan-Nya kepadamu.

Mari kita memisahkan diri dan dibezakan dari dunia ini. Buah-buah kita akan membuktikan bahawa kita adalah pengikut Yesus Kristus yang sejati. Jika buah kita adalah seperti dunia (buah yang tidak baik), bagaimanakah kita dapat mendatangkan pujian kepada Allah, seterusnya memuliakan-Nya? Dan bagaimana kita dapat menarik orang-orang berdosa yang lain kepada-Nya? Jika dunia mengasihi kita dan jika kita suka apa-apa yang ada di dalam dunia, kita mesti ingat, bahawa kapak sudah ada pada akar dan kita akan disingkirkan pada akhirnya jika tidak bertaubat. Bagaimana kita tahu jika kita tergolong dalam dunia atau dalam Tuhan?

Yohanes 15:19 (TBI) Sekiranya kamu dari dunia, tentulah dunia mengasihi kamu sebagai miliknya. Tetapi karena kamu bukan dari dunia, melainkan Aku telah memilih kamu dari dunia, sebab itulah dunia membenci kamu.

Jika rakan Kristian duniawi atau rakan tidak seiman anda suka bergaul dengan anda dan anda tidak mempunyai masalah melepak dengan mereka serta melakukan apa yang dilakukan oleh dunia, ini mungkin bermakna anda ada masalah. Ini kerana kita sepatutnya mempunyai roh yang berbeza daripada mereka. Jika roh kita dan roh mereka seiring dan seirama, ia menunjukkan seperti kita adalah lebih tergolong kepada dunia. Sila asingkan diri dari dunia. Jika perlu, kita mungkin perlu menamatkan persahabatan dengan mereka dan mula berdoa kepada Allah supaya mendapat rakan-rakan yang rohani sebagai teman untuk bergaul.


Perjalanan kita dengan Tuhan mungkin tidak begitu mudah tetapi berjalan dan melakukan rancangan-Nya akan memuaskan hati melebihi perkara-perkara lain. Mungkin kadang-kadang kita terasa kosong di dalam perjalanan kita tetapi hanya Yesus yang boleh mengisi kekosongan itu supaya kita boleh dipuaskan sepenuhnya. Kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita bahawa jalan yang SEMPIT itu adalah harfiah atau nyata. Ia akan menjadi begitu sempit sehingga ramai orang tidak akan terus berjalan dengan kita. Tuaian yang besar akan datang dan kita perlu dilengkapi dan sekurang-kurangnya bersedia untuk memulakan. Anda harus bersedia untuk dipangkas dan dilatih. Semoga KEHENDAK DAN KERAJAAN-MU DATANG TUHAN!!"

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP DAN MATI

TUHAN, SUNATLAH HATI KAMI