MENCARI ARAH

Kredit pixabay
Banyak orang Kristian berdoa dan berharap mendengar suara Tuhan dalam roh mereka, juga berharap mendengar suara Tuhan yang kedengaran oleh telinga, atau pun dari orang Kristian lain yang rohani. Tetapi “volume” suara Tuhan berbeza sedikit. Pekalah kepada Roh-Nya dengan menjadi peka kepada keadaan fizikalmu. Dia akan menjawab atau akan bercakap menggunakan keadaan kita. Jika kita mendapat tentangan dari satu arah, ia mungkin bukan musuh tetapi Tuhan yang mencuba untuk membawa kita ke arah yang lain. Tetapi mungkin juga kita tidak rasa atau perasan. Oleh itu, kita harus meminta kearifan dan kebijaksanaan daripada Roh Kudus.

Dia menjawab doa kita melalui keadaan fizikal kita. Kadang kala, kita harus mengalir bersama dengan keadaan, maksudnya mengikut alunan keadaan, tetapi pada masa yang sama kita harus mengetahui bahawa Tuhan sedang mengawal segalanya dan berkuasa penuh ke atas keadaan itu.

Kita harus peka kepada keadaan sekeliling dan fizikal. Dia berada dalam situasi kita, mencuba untuk bercakap kepada kita melalui peristiwa dan situasi. Kita mesti belajar mendengar-Nya dalam situasi kita, dan juga harus belajar mengetahui jalan-Nya serta bagaimana cara-Nya bekerja jika kita mematuhi-Nya dengan betul. Jka tidak, kita mungkin menempuh jalan yang panjang dan sukar, dan itu akan mengambil masa yang lebih lama bagi kita untuk mencapai tahap yang Allah inginkan bagi kita.

Semoga langkah-langkah kita disusun oleh Roh Kudus. Senantiasalah bersyukur tidak kira rupa keadaan yang sedang dialami.

Mazmur 119:133 (TBI) 
Teguhkanlah langkahku oleh janji-Mu, dan janganlah segala kejahatan berkuasa atasku.

Amsal 20:24 (TBI) 
Langkah orang ditentukan oleh TUHAN, tetapi bagaimanakah manusia dapat mengerti jalan hidupnya?

Amsal 28:14 (TBI) 
Berbahagialah orang yang senantiasa takut akan TUHAN, tetapi orang yang mengeraskan hatinya akan jatuh ke dalam malapetaka.

1 Tesalonika 5:18 (TBI) 
Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP DAN MATI

TUHAN, SUNATLAH HATI KAMI

DIA AKAN MEMANGKAS, MENCANTAS, DAN MEMBERSIHKAN RANTING-NYA BERULANG KALI