SUKACITA DATANG KETIKA KITA MERENDAHKAN HATI
![]() |
| Thanks Lord |
Galatia 5:22-23 (ABB) Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
Kita tidak mempunyai sukacita yang sejati kerana sukacita datang ketika kita mencapai dan mengalami penerobosan. Dan sukacita yang sejati bukanlah sukacita yang didatangkan oleh perkara-perkara yang kita miliki di dunia ini: kedudukan, pangkat, kuasa, dan kekayaan, tetapi sukacita yang sejati adalah dikerjakan oleh Roh Kudus di dalam hati kita. Maksudnya, apa pun keadaan kita, sihat atau tidak, kaya atau tidak, berkuasa atau tidak, keadaan senang atau susah, kita tetap ada sukacita kerana Roh Kudus ada di dalam hati kita.
Yohanes 14:27 (ABB) Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
Sukacita penerobosan dan kemenangan datang melalui ketaatan yang penuh. Kekecewaan, kebimbangan, ketakutan, dan kemarahan datang melalui kedegilan dan ketidaktaatan. Kita akan terus terikat dan tidak mampu bergerak dari kemuliaan kepada kemuliaan disebabkan keadaan yang sekarang ini jika kita terus keras kepala dan tidak mahu merendahkan hati untuk menerima pengajaran Firman.
Perhatikan buah yang sedang kita tuai dan marilah merendahkan hati untuk berubah pada masa-masa dunia sedang dilanda COVID-19 ini. Kita anggap sajalah bahawa keadaan dunia yang sekarang ini adalah sebagai cara Tuhan untuk menghancurkan dan meremukkan keegoan dan kesombongan kita (manusia) selama ini, tetapi janji Tuhan kita pasti akan bergembira atau bersukacita semula jika merendahkan hati untuk datang kepada-Nya. Selain bekerja dari rumah, marilah memperuntukkan masa yang berkualiti dengan ahli keluarga, dan peruntukkanlah masa yang berkualiti juga dengan Tuhan Yesus. Yang dimaksudkan di sini adalah hubungan yang sepenuhnya, sekarang dan bahkan selepas ini. Kerendahan hati memerlukan tindakan kita, dan benar-benar berkomitmen untuk melakukannya. Apapun yang Tuhan minta kita untuk lakukan, benar-benarlah melakukannya. Ya Tuhan, berilah kami sukacita-Mu di dalam hati kami melalui Roh Kudus-Mu!
Mazmur 51:9-12 (ABB) Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji. Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula. Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku, dan hapuskanlah segala kejahatanku. Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh.
Semoga Tuhan memberkati Firman-Nya di dalam hati kita. Di dalam nama Yesus Kristus, kami berdoa, amin!

Comments
Post a Comment