KEJERNIHAN DIPERLUKAN UNTUK MEMASUKI KERAJAAN ALLAH
![]() |
| Kredit pixabay |
Tuhan menginginkan kejernihan
dari setiap individu. Kita harus menjadi transparensi dengan-Nya dan
dengan orang lain. Kita harus membawa kesemuanya kepada terang. Semua
sakit hati, ketidakmaafan, kemarahan, kegeraman, kebencian, kepahitan
hati, kesedihan, pengkhianatan dll, semuanya harus diserahkan kepada
Yesus. Kita harus membuat pilihan untuk meletakkan semua itu pada kaki-Nya dan
membiarkan semuanya itu pergi dari hati kita. Jika tidak, kita akan
terus-menerus memegangnya dalam hati dan itu akan berlawanan dengan Tuhan yang
ada dalam hati kita.
Iblis akan menggunakan sakit hati dan pengkhianatan yang menyebabkan kita bersembunyi dari Tuhan. Iblis akan menggunakan semua fikiran negatif itu untuk menentang kita. Itulah yang menjadi rantai tebal pada leher kita, yang mana menarik kita ke NERAKA! Dan sementara masa berlalu, iblis menambahkan lebih banyak rantai supaya dapat menggenggam kita dengan lebih kuat. Ingat, penyakit rohani seperti sakit hati, ketidakmaafan, kemarahan, kegeraman, kebencian, kepahitan hati, kesedihan, pengkhianatan dan lain-lainlah yang akan menghubungkan kita (menjadi rantai) dengan iblis, dan melalui semua itu iblis memperhambakan kita kepada dirinya.
Sama seperti Adam dan Hawa tidak patuh dan memakan buah kematian, mereka bersembunyi selepas itu. Mengapakah mereka bersembunyi? Dosa akan menyebabkan kita bersembunyi dari Allah! Dosa menyebabkan kita mahu menyembah dan memuji Tuhan dari kejauhan. Tetapi dalam realiti, dosa itu menyebabkan kita lari dari Tuhan.
Kita harus melepaskan semua itu! Kita harus melepaskan sakit hati dan pengkhianatan pergi. Kita harus membiarkan pergi semua memori jahat akan kata-kata orang lain atau pun sakit hati. Itu menyebabkan kita tidak dapat tidur malam. Ia akan memberikan kesan kepada perkahwinan kita. Ia akan memberikan kesan kepada hubungan kita dengan anak-anak dan juga dengan orang lain. Lepaskan semua itu!!! Be free and let it go!
Dia tidak mahu berkongsi bait suci-Nya dengan siapa pun! Dia tidak mahu berkongsi dengan keberangan. Dia tidak mahu berkongsi dengan kebencian. Dia tidak mahu berkongsi dengan kegeraman. Dia tidak mahu berkongsi dengan sakit hati. Dia tidak mahu berkongsi degan penyesalan. Dia memberikan kita Anugerah supaya kita dapat membiarkan semua itu pergi! Anugerah diberikan supaya kita memperoleh kekuatan untuk melepaskan semuanya itu! Tetapi kita harus membuat pilihan untuk memberikan hati kepada-Nya. Lepaskan semuanya itu dan biarkan Tuhan mengisi kekosongan itu dengan kasih-Nya.
Apabila kita benar-benar dilepaskan, tidak ada lagi yang harus disembunyikan. Kita tidak akan/perlu malu dengan masa lalu kita. Kita tidak akan malu dengan apa yang pernah kita lalui lagi. Kita akan mempergunakannya untuk memuliakan Tuhan! Kita akan mempergunakannya untuk bersaksi akan apa yang telah Tuhan lakukan terhadap kita. Dia telah membebaskan kita!Kita akan bersaksi sedemikian supaya pengalaman tersebut serta apa yang sudah Yesus lakukan bagi kita akan membebaskan orang lain juga! Yesus datang untuk membebaskan tawanan. Dia datang bagi domba-domba-Nya yang terhilang.
Lukas 19:10 (TBI) Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang.
Ramai daripada kita merupakan domba-Nya yang sesat tetapi tidak menyedarinya. Ramai yang duduk dalam gereja tetapi sebenarnya adalah tawanan iblis. Dia memanggil kita keluar daripada ikatan iblis melalui firman Tuhan setiap ibadah hari Ahad, tetapi kita tidak mahu mendengarkan-Nya. Dia memanggil kita kepada pertaubatan! Dia memanggil kita untuk mebebaskan kita! Bagaimanakah kita boleh berkata kita telah dibebaskan tetapi pada masa yang sama kita menyembah-Nya beserta dengan sekatan/halangan yang ada dalam hati kita? Ramai daripada kita yang berada dalam keadaan ini kerana masih merasa bersalah akan masa lalu/masa lalu masih menghantui, masih sakit hati, masih terdapat kegeraman dalam hati, dan banyak lagi yang ada dalam hati. Kita masih tidak dapat memberikan kesaksian di altar gereja kerana masih dihantui masa lalu, masih sakit hati, masih geram, dan lain-lain. Ayuh kita biarkan terang Tuhan bersinar ke atas kita. Kita tidak perlu takut terang Tuhan mendedahkan hal-hal yang jahat di dalam hati kita. Biarkan semuanya itu didedahkan oleh cahaya Tuhan, dan menangislah di hadapan Tuhan, pada tangan-Nya yang penuh kasih dan biarkan Dia memberikan kita ketenangan. Berhentilah berfikir akan apa yang akan difikirkan oleh lain terhadap kita. Jangan pedulikan apa yang mereka fikirkan. Menangislah jika perlu, ratapilah keadaan kita. Apa yang perlu kita malukan atau takutkan? Biarkan semua hal yang menghalang-halangi Tuhan dalam hati kita pergi sehingga kita menjadi begitu transparen di hadapan Tuhan dan manusia.
Yohanes 10:10 (TBI) Pencuri datang hanya untuk
mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai
hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.
Jika tidak, kita hanya akan
membiarkan roh-roh jahat membina kerajaan kegelapan di dalam diri kita. Iblis
datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan membinasakan. Dia datang untuk
mencuri fokus kita kepada Tuhan. Iblis datang untuk membuat manusia fokus
kepada sakit hati mereka supaya mereka mati dalam dosa mereka. Tuhanlah HIDUP.
Iblis datang untuk mengambil fokus kita terhadap HIDUP itu. Jika kita menyimpan
dalam hati memori lampau yang menyakitkan dan membiarkannya “memakan” diri
kita, kita tiada fokus kepada HIDUP. Jangan biarkan iblis mencuri hidup kita
dan membunuh (membinasakan ) kita. Dia datang untuk membunuh manusia melalui
penyakit sebagai hasil daripada fokus kita kepada sakit hati yang sudah
bertahun-tahun disimpan.Itulah maksudnya manusia akan mati dalam dosa.
Lepaskanlah! Serahkannya kepada Tuhan. Letakkan itu pada kaki-Nya. Bertaubat! Bertaubatlah! Bertaubatlah dari kemarahan, kepahitan, kebencian, dendam dll. Apa saja yang kita simpan, berikan kepada-Nya dan kita bertaubat. Biarlah mata hati kita fokus hidup sejati..kembali kepada-Nya. Jangan bersembunyi lagi dan jadilah transparen di hadapan-Nya dan para malaikat-Nya. Transparenlah di hadapan manusia juga. Ayuh kita bebaskan diri.
Lepaskanlah! Serahkannya kepada Tuhan. Letakkan itu pada kaki-Nya. Bertaubat! Bertaubatlah! Bertaubatlah dari kemarahan, kepahitan, kebencian, dendam dll. Apa saja yang kita simpan, berikan kepada-Nya dan kita bertaubat. Biarlah mata hati kita fokus hidup sejati..kembali kepada-Nya. Jangan bersembunyi lagi dan jadilah transparen di hadapan-Nya dan para malaikat-Nya. Transparenlah di hadapan manusia juga. Ayuh kita bebaskan diri.
Lukas 4:18-19 Roh Tuhan ada pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta, untuk membebebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang.
Dalam nama Yesus, saya perintahkan iblis untuk melepaskan tangan daripada anak-anak Allah yang Maha Tinggi! Saya perintahkan sakit hati untuk pergi! Kemarahan pergi! Kepahitan pergi! Ketakutan pergi! Holy fire!!! Fire of God!!! Dalam nama Yesus Kristus!! Saya meruntuhkan tembok kegelapan dengan darah Yesus! Pergi dalam nama Yesus!!

Comments
Post a Comment